Norwich City kembali beraksi dalam EPL - Utusan Malaysia

Norwich City kembali beraksi dalam EPL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 28 April – Selepas tiga tahun menghilangkan diri, Norwich City kembali beraksi dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila menewaskan Blackburn Rovers 2-1.

Kemenangan itu membolehkan Norwich City berkelebihan sembilan mata mengatasi mengatasi Leeds di tempat ketiga dan dua tempat teratas sahaja layak ke EPL.

Pertahanan Norwich, Jamal Lewis menyifatkan kejayaan tersebut berjaya diperoleh selepas pengurus, Daniel Farke menaruh kepercayaan terhadap mereka.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dia yakin dengan kemampuan kami. Kami skuad muda namun begitu dahagakan kemenangan dan kami sudah bersedia untuk melakukannya. Musim ini amat menakjubkan dan saya tidak akan melupakannya,” katanya.

Walaupun sudah mengesahkan tiket ke EPL namun kejuaraan Liga Kejohanan masih terbuka dengan Sheffield United menjadi pencabar terdekat. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini