Pas ikrar beri sokongan kepada pembangkang di PRK Sandakan - Utusan Malaysia

Pas ikrar beri sokongan kepada pembangkang di PRK Sandakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 28 April – Pas mengesahkan akan memberikan sokongan padu kepada wakil pembangkang yang bertanding menentang calon Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Sandakan di Sabah.

Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyudin Hassan berkata, ini selaras dengan keputusan Pas Pusat tidak meletakkan Calon dalam PRK itu.

Katanya, langkah ini diambil ke arah menguatkan lagi blok pembangkang yang akan memainkan peranan semak dan imbang di dalam Parlimen dan juga terhadap Kerajaan demi untuk kebaikan negara dan seluruh rakyat.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Selaras itu, Pas khususnya Pas Sandakan dan Pas Sabah akan menggerakkan jentera pilihan raya setempat terutama bagi memastikan ahli-ahli dan penyokong-penyokong Pas di kawasan ini supaya turun membuang undi pada 11 Mei 2019 bagi membantu calon blok pembangkang dari Parti Bersatu Sabah (PBS) iaitu Linda Tsen dalam menghadapi PRK ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini