Selangor perlukan penyerang - Utusan Malaysia

Selangor perlukan penyerang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR 27 April – Ketua Jurulatih Selangor, B. Sathianathan mahu seorang penyerang baharu yang bermain di posisi No. 9 dibawa masuk menerusi jendela perpindahan kedua untuk mengisi kekosongan Rufino Segovia yang masih dibelenggu kecederaan.

Sathianathan berkata, beliau sudah membincangkan perkara itu dengan pihak pengurusan dan berharap keputusan dapat dicapai bagi membawa masuk segera pemain tersebut. Sambil memberi bayangan sudah mempunyai calon, beliau bagaimanapun, tidak boleh menceritakan lebih lanjut kerana pemain itu masih mempunyai kontrak bersama pasukannnya.

“Saya tidak memiliki penyerang, saya selalu bergantung kepada Rufino dan Endrick (Dos Santos), tetapi mereka tidak dapat beraksi dan saya turunkan pemain lain yang perlu banyak belajar daripada kesilapan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kami juga bergantung kepada Syazwan Zainon dan Syahmi Safari. Syahmi sendiri mempunyai tiga peluang, tetapi, kerana kurang pengalaman dia tidak berjaya menghasilkan jaringan,” katanya selepas perlawanan menentang Kedah di sini, semalam.

Selangor kini berada di tangga ketiga Liga Super selepas mengutip 16 mata keseluruhan dalam 11 perlawanan dan tujuh mata di belakang Pahang yang akan turun menentang Johor Darul Ta’zim (JDT), malam esok.

Kata Sathianathan lagi, Rufino mungkin boleh kembali beraksi pada Julai ini jika pulih dengan cepat, namun, ketiadaan penggantinya yang berwibawa ketika ini merupakan pertaruhan besar buat Selangor mengharungi aksi berikut.

“Saya percaya kalau Rufino ada kami boleh kekal dalam kelompok tiga teratas (Liga Super), tetapi, saya sudah berbincang dengan pengurusan bahawa saya perlukan seorang lagi penyerang,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini