Pembalak maut dihempap dahan pokok balak - Utusan Malaysia

Pembalak maut dihempap dahan pokok balak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN – Seorang pembalak maut selepas dihempap dahan pokok sewaktu sedang menebang sebatang pokok balak di dalam Hutan Pasir Raja, Hulu Dungun dekat sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 12 tengah hari itu, Suarno Ibrahim, 54, yang berstatus penduduk tetap maut akibat kecederaan di bahagian kepala.

Pegawai Zon II  Jabatan Bomba Dan Penyelamat Terengganu, Azmi Ab. Rahim berkata, Suarno yang berasal dari Indonesia yang mempunyai pengalaman 20 tahun sebagai pembalak baru tiga minggu bekerja di syarikat pembalakan berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kejadian yang menimpa Suarni disedari rakan sekerjanya, Yazid Abdullah, 45, setelah mendapati rakan sekerjanya tidak pulang ke rumah kongsi mereka setelah keluar menebang pokok balak.

“Dia dan rakan-rakan sekerjanya kemudian telah mencari mangsa kemudian menjumpai mayat mangsa ditiarap dihempap dahan pokok balak,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Azmi berkata, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Al-Muktafi Billah Shah dekat sini terpaksa meredah kira-kira 6.5 kilometer dengan menaiki kenderaan pacuan empat roda untuk tiba di lokasi kejadian. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini