Jangan ratapi kekalahan - Utusan Malaysia

Jangan ratapi kekalahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 28 April – Pengendali Tottenham, Mauricio Pochettino mahu pemainnya segera melupakan kekalahan  0-1 kepada West Ham dalam aksi Liga Perdana Inggeris semalam, sebaliknya  beralih fokus kepada saingan Liga Juara-Juara menentang Ajax, Selasa ini.

Spurs mengalami kalah mengejut di laman sendiri, sekali gus memberi tamparan hebat menjelang perlawanan terbesar dalam sejarah kelab iaitu separuh akhir Liga Juara-Juara.

Ini juga  kekalahan pertama mereka di Stadium Tottenham selepas pasukan itu bergelut untuk menyaingi serangan balas lawan sepanjang permainan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kami kena segera lupakan kekalahan ini, pandang ke depan dan fikir tentang perlawanan Selasa.

“Persiapan aksi separuh akhir amat mencabar  dan rapi kerana kami bakal berdepan pasukan bagus seperti Ajax,” kata Pochettino.

Pochettino yang membuat empat pertukaran berbanding pasukan yang menewaskan Brighton 1-0, Rabu lalu masih kehilangan khidmat Harry Kane, Serge Aurier dan Erik Lamela.

Son Heung-min yang meledak dua gol ketika Spurs mengalahkan Manchester City pada suku akhir Liga Juara-Juara terlepas pertemuan pertama dengan Ajax akibat penggantungan.

Pochettino perlu segera membuat keputusan sama ada mahu meletakkan Lucas Moura atau Fernando Llorente sebagai penyerang tunggal.

Kekalahan terbaru menyaksikan kedudukan empat teratas liga juga belum selamat kerana Spurs  yang mengumpul 70 mata hanya tiga mata mengatasi pasukan tangga keempat, Chelsea.

Arsenal (kelima) dan Manchester United (keenam) pula terus menghambat dengan 66 serta 64 mata ketika saingan berbaki tiga perlawanan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini