Tembakan rumah ibadat Yahudi, seorang maut, tiga cedera - Utusan Malaysia

Tembakan rumah ibadat Yahudi, seorang maut, tiga cedera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOS ANGELES 28 April – Seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan di sebuah rumah ibadat komuniti Yahudi di California, menyebabkan seorang maut manakala tiga lagi cedera, termasuk seorang ketua agama ketika mereka meraikan sambutan hari terakhir perayaan Passover.

Insiden di pekan Toway itu berlaku genap enam bulan selepas seorang pelampau kulit putih menembak mati 11 jemaah di rumah ibadat Tree of Life, Pittsburgh, serangan terburuk ke atas komuniti Yahudi dalam sejarah Amerika Syarikat (AS).

“Susulan kejadian, empat orang mengalami kecederaan parah dan dibawa ke hospital Palimar.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Seorang mangsa meninggal dunia ketika dirawat manakala selebihnya dalam keadaan stabil,” kata Sherif San Diego, Bill Gore. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini