Bottas tempah petak utama di Azerbaijan - Utusan Malaysia

Bottas tempah petak utama di Azerbaijan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAKU 27 April – Valtteri Bottas menempah petak pertama mengatasi rakan sepasukan, Lewis Hamilton yang menyaksikan dominasi dua pemandu Mercedes itu pada kelayakan Grand Prix Formula 1 (F1) Azerbaijan, hari ini.

Dalam saingan yang berlangsung di litar jalanan Baku itu, pemandu Finland tersebut melakar rekod sepusingan dengan catatan masa satu minit, 40.495 saat (s) mengatasi pendahulu kejuaraan dan juga juara dunia dengan 0.059 saat.

Ini merupakan kali pertama Bottas berjaya menampah petak utama di Baku dan kali kelapan dalam kariernya. Untuk Mercedes, keputusan satu, dua yang dicatat Bottas dan Hamilton adalah kali keempat berturut-turut dilakukan mereka dalam sesi kelayakan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sebastian Vettel melengkapkan kelayakan di petak ketiga untuk Ferrari, manakala, rakan sepasukannya, Charles Leclerc ditimpa malang apabila terbabit dalam kemalangan setelah terbabas lalu merempuh penghadang di tepi litar sewaktu kelayakan kedua.

Sesi kelayakan hanya berakhir hampir dua jam, selepas kemalangan besar membabitkan Leclerc dan juga Robert Kubica dari pasukan Williams sewaktu kelayakan pertama.

“Saya gembira dengan keputusan ini. Ia satu catatan yang baik dan Ferrari mempamerkan persembahan yang sangat mantap. Sudah tentu Charles terkeluar di atas kesilapan sendiri dan sebagai sebuah pasukan, kami berasa sangat gembira menyaksikan di mana kami berada,” kata Bottas. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini