Klopp enggan harapkan tuah - Utusan Malaysia

Klopp enggan harapkan tuah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIVERPOOL – Pengendali Liverpool, Jurgen Klopp mengakui bahawa pasukannya perlu terus fokus dalam baki saingan terakhir liga dan melupakan kemungkinan pencabar utama mereka, Manchester City bakal tercicir mata.

Liverpool kembali menerajui takhta Liga Perdana England selepas membelasah pasukan di zon penyingkiran, Huddersfield awal pagi semalam di Anfield.

Pada aksi tersebut, Sadio Mane dan Mohamed Salah masing-masing telah meledak dua gol sementara satu lagi gol berjaya dihasilkan oleh Naby Keita yang membuka tirai jaringan seawal 15 saat perlawanan bermula.

Memuatkan artikel berkaitan…

City mampu untuk kembali merampas kedudukan Liverpool sekiranya berjaya menundukkan Burnley pada aksi malam ini.

Namun, Klopp tidak mahu terlalu mengharapkan kemenangan pasukannya melalui keputusan mengejut melibatkan City sebaliknya sasaran utama mereka untuk meraih mata maksimum pada baki perlawanan.

Menurutnya, The Reds kini perlu memikirkan mengenai aksi bertemu Newcastle pada aksi seterusnya sebelum menanti kunjungan Wolverhampton selepas itu.

“Kenapa kami perlu memikirkan mengenai City mungkin tercicir mata? Kami akan bertemu Newcastle selepas ini, mereka akan beraksi untuk perlawanan terakhir musim ini di gelanggang sendiri.

“Saya tidak pasti sekiranya ada hubungan tradisi antara Liverpool dan Newcastle atau kami boleh bertukar mata sekiranya saling memerlukan.

“Tetapi, ia bukanlah seperti itu. Kami akan ke sana dan memberikan sepenuh aksi. Ia bukan suatu yang mudah kerana aksi terakhir musim ini gelanggang sendiri pastinya memerikan aura berbeza buat Newcastle.

“Menentang Wolves pada aksi terakhir juga sangat menakjubkan. Jika Wolves menang, mereka akan berada di kedudukan ketujuh liga dan itu membuatkan tugas kami menjadi sukar.

“Jika kami melakukan tugas kami dan kemudian mereka (City) tercicir mata, kami mendapat manfaatkanya. Jika sebaliknya berlaku, bermakna kami masih melakukan tugas kami dengan baik,” katanya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini