Avengers: Endgame tarik lebih 3 juta penonton di Korea Selatan - Utusan Malaysia

Avengers: Endgame tarik lebih 3 juta penonton di Korea Selatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL – Filem blokbuster adiwira terbaharu Marvel Universe, Avengers: Endgame mencatatkan lebih tiga juta tontonan di pawagam-pawagam Korea Selatan dalam tempoh tiga hari selepas ia ditayangkan, lapor agensi berita Yonhap berdasarkan data rasmi semalam.

Avengers: Endgame me­narik seramai 1.04 juta penonton filem kelmarin dan jumlah itu meningkat kepada 3.21 juta, menurut data Majlis Filem Korea.

Filem sama juga menguasai sebanyak 84.4 peratus tempat duduk di pawagam di seluruh negara dan 79.7 peratus tayangan semua skrin di Korea Selatan pada hari sama.

Memuatkan artikel berkaitan…

Endgame merupakan episod epik terakhir siri filem studio penerbitan itu selama lebih satu dekad mula ditayangkan di Korea Selatan pada Rabu lalu.

Menurut laporan, filem berkenaan mencatatkan rekod baharu pecah panggung semasa di Korea Selatan dengan catatan seramai 1.34 juta penonton pada hari pertama tayangan. – Bernama

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini