Jonathan hampiri rekod kebangsaan - Utusan Malaysia

Jonathan hampiri rekod kebangsaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 27 April – Atlet pecut negara, Jonathan Nyepa kini dalam prestasi memberangsangkan ke arah memecahkan rekod 200 meter (m) lelaki negara, apabila mencatatkan masa peribadi terbaiknya 20.92 saat (s) di Memorial Torrin Lawrence di Athens, Georgia, Amerika Syarikat, semalam.

Atlet berusia 23 tahun dari Sarawak itu, hanya ketinggalan 0.15 saat di belakang catatan pemegang rekod 200m meter kebangsaan, Russel Alexander Nasir Taib, 20.77s yang dicipta pada kejohanan Trek Klasik Queensland, di Brisbane, Australia, bulan lepas.

Jonathan yang kini dalam rangka latihan lapan bulan di Amerika Syarikat sejak Februari, menamatkan larian di belakang Elija Goodwin dari Georgia yang mencatatkan 20.59 saat, manakala Maurice Simson dari Georgia Tech di tempat ketiga (21.04s).

Memuatkan artikel berkaitan…

Sebelum ini masa terbaik Jonathan, 21.10s dilakukannya pada Terbuka Malaysia, Mei tahun lepas.

Dengan catatan terkini, Jonathan berkongsi catatan masa ketiga terpantas dan sama dengan catatan masa bekas Olimpian, Tan Sri Dr M. Jegathesan, 20.92s yang dilakukannya pada Sukan Olimpik Mexico 1968, yang menjadi rekod kebangsaan selama lima dekad (49 tahun), sebelum dipecahkan Khairul Hafiz Jantan, dua tahun lalu.

Khairul Hafiz memecahkan rekod Jegathesan pada Terbuka Malaysia 2017 dan ia kekal sebagai rekod 200m kedua terbaik Malaysia menerusi catatan masa 20.90s. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini