Durian: Syarikat Malaysia dan China jalin kerjasama - Utusan Malaysia

Durian: Syarikat Malaysia dan China jalin kerjasama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING 27 April – Sempena penganjuran Forum Jalur dan Laluan Untuk Kerjasama Antarabangsa, festival durian diadakan di sini untuk mempromosikan ‘raja buah’ Malaysia itu kepada rakyat China.

Acara itu yang berlangsung dua hari bermula semalam, dianjurkan oleh syarikat senaraian awam, PLS Plantation Berhad yang turut menandatangani Perjanjian Induk (HoA) dengan rakan dagangan China dan Malaysia.

Majlis perjanjian itu disaksikan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Memuatkan artikel berkaitan…

PLS Plantation menandatangani HoA dengan Shanghai Greeenlanf Group, ZTE Corporation dan PTSKY dari China serta FGV Holdings Berhad dari Malaysia.

“Ini adalah sebahagian daripada rancangan PLS Plantation untuk meningkatkan lagi hubungan dagangan antara Malaysia dan China dalam perniagaan durian,” kata syarikat itu dalam kenyataan di sini hari ini.

PLS Plantation yakin durian Malaysia akan mendapat permintaan serta diedarkan di serata bandar di China dan mendatangkan aliran pendapatan bagi bahagian perniagaan durian syarikat itu.

Turut hadir Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub, Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Darell Leiking dan Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah.

Dr. Mahathir berada di China untuk menghadiri forum itu yang berakhir hari ini. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini