Azroy raih kedudukan podium di Australia - Utusan Malaysia

Azroy raih kedudukan podium di Australia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 27 April – Azroy Hakeem Anuar muncul pelumba terbaik negara di pusingan kedua Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) apabila berjaya menamatkan saingan di kedudukan podium dalam perlumbaan yang berlangsung di Australia, hari ini.

Azroy menjadi satu-satunya wakil Malaysia yang berjaya mendapatkan kedudukan podium selepas memulakan aksi dalam kategori SuperSports 600cc dari grid ketiga sebelum menamatkan saingan di tempat ketiga.

Perlumbaan kategori itu bermula rancak dengan pendahulu kedudukan, Peerapong Boonlert memintas Ibrahim Norrodin bagi mengetuai perlumbaan itu dan mengekalkan kelajuan sepanjang perlumbaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Azroy berada di kelompok pelumba kedua bersama Ibrahim; rakan sepasukan, Helmi Azman dan Javier Orellana.

Helmi bagaimanapun terjatuh ketika perebutan kedudukan kedua di pusingan keenam tetapi berjaya membawa jenteranya memasuki pit.

Azroy menunggu dua pusingan terakhir sebelum bersaing merebut kedudukan podium dengan memintas Ibrahim tetapi gagal memintas Orellana di kedudukan kedua.

Peerapong muncul juara dengan catatan 19 minit 39.440s manakala Orellana meraih catatan 19’43.353s dan Azroy merakam catatan masa 19’43.926s.

Kategori Asia Superbike 1000cc (ASB1000) menyaksikan dua pelumba negara, Zaqhwan Zaidi dan Azlan Shah menamatkan saingan di kedudukan keempat dan kelima.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini