Umur pisahkan tempat tidur - Utusan Malaysia

Umur pisahkan tempat tidur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Menurut Islam bilakah umur paling sesuai untuk pisahkan anak daripada tempat tidur ibu bapa serta pisahkan tempat tidur antara anak lelaki dan anak perempuan? Mohon penjelasan ustaz. – ZANA, Shah Alam.

UKE: Rasulullah SAW bersabda: “Perintahkanlah anak-anak kalian untuk melaksanakan solat apabila sudah mencapai umur tujuh tahun dan apabila sudah mencapai umur sepuluh tahun maka pukullah dia apabila tidak melaksanakannya dan pisahkanlah mereka dalam tempat tidurnya.” (Sahih Sunan Abu Daud, no: 418/495)

Sekiranya pada umur tujuh tahun sudah diberi arahan untuk bersolat, ini bermakna mengajar anak-anak tentang solat adalah lebih awal daripada itu. Begitu juga dengan pemisahan tempat tidur hendaklah dilakukan dan dididik lebih awal daripada usia 10 tahun. Ini kerana pada usia itu mereka sudah mengenali pelbagai perkara dan ibu bapa perlu membuat pendidikan bagaimana hendak memisahkan tempat tidur antara anak lelaki dan anak perempuan dan juga ibu bapa sendiri.

Memuatkan artikel berkaitan…

Baca doa daripada buku panduan

Adakah kita perlu membaca doa-doa tertentu seperti yang ditulis dalam buku panduan haji dan umrah ketika bertawaf serta bersaie atau cukup dengan membaca surah atau zikir atau doa yang diketahui? Mohon bantuan ustaz. – AIN, Kuala Lumpur

UKE: Doa yang ditulis dalam buku panduan umrah itu kebanyakannya diambil daripada sumber yang baik. Ada doa yang diambil daripada hadis Rasulullah. Ada yang diambil daripada ayat-ayat suci a-Quran. Maka cukup cantik kalau dapat membaca doa-doa yang terdapat dalam buku-buku tersebut.

Namun itu jika suasana tenang ketika beribadat. Bagaimanapun ada kalanya suasana berbeza terutama apabila berlaku kesesakan dan pelbagai masalah lain. Maka yang dikehendaki ialah berdoa dan bukan membaca doa. Tidaklah hanya perlu tertumpu kepada buku tersebut semata-mata.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini