Tiada istilah musim ‘mengecewakan’ buat Atletico - Simeone - Utusan Malaysia

Tiada istilah musim ‘mengecewakan’ buat Atletico – Simeone

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID 27 April – Diego Simeone menegaskan mengakhiri saingan LaLiga di tempat kedua bukan satu kegagalan buat Atletico Madrid ketika bersaing dengan Barcelona dan Real Madrid.

Atletico telah membuktikan mereka pencabar terhebat Barcelona musim ini tetapi pasukan kendalian Ernesto Valverde itu kini di landasan terbaik untuk mempertahankan kejuaraan.

Begitupun, Atletico yang mendahului Real dengan kelebihan enam mata dalam saingan berbaki empat perlawanan lagi mungkin sukar digugat skuad Los Blancos, apatah lagi pencabar terdekatnya itu gagal meraih mata penuh ketika bertemu Getafe, semalam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Jurulatih dari Argentina itu, turut menepis dakwaan pasukannya mengharungi musim mengecewakan selepas tersingkir daripada saingan Liga Juara-Juara (UCL) di tangan Juventus dalam peringkat 16 terbaik.

“Saya ditanya sama ada mengakhiri saingan LaLiga merupakan sesuatu yang mengecewakan ketika bersaing dengan Barcelona dan Real Madrid, kelab terbaik dunia. Saya tidak berasakan ia mengecewakan atau dianggap sebagai kegagalan.

“Kami perlu mempamerkan aksi lebih cemerlang untuk bersaing. Dalam tujuh setengah tahun, kami sentiasa berusaha untuk mengejar kemuncak LaLiga.

“Saya sentiasa mahukan peningkatan dalam permainan Atletico. Setiap pemain telah berusaha untuk mencapai ke tahap ini dan membuktikan mereka turut mampu bersaing mengejar gelaran LaLiga,” katanya.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini