Polis perketat kawalan di pangsapuri retak - Utusan Malaysia

Polis perketat kawalan di pangsapuri retak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 27 April – Kawalan keselamatan telah dilakukan di Pangsapuri Kos Rendah Taman Keramat Permai, dekat sini bagi memastikan tiada sebarang pencerobohan berlaku di situ.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang, Superintenden Zaid Hassan berkata, kawalan itu adalah bagi memastikan tiada kehilangan harta benda di semua kediaman terlibat.

Ujarnya, pihaknya telah membuka pos kawalan di hadapan pangsapuri tersebut sehingga perkara ini selesai.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Selain di situ, pihak kita juga akan giat melakukan kawalan di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Keramat iaitu lokasi penempatan sementara mangsa yang terjejas.

“Penduduk yang ingin masuk ke dalam kediaman mereka juga perlu melaporkan terlebih dahulu di pos kawalan bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini