TROPICANA Golf and Country Resort (TGCR) kembali dengan promosi Santapan 29 Malam yang akan diadakan bermula 6 Mei sehingga 4 Jun ini.
Resort golf terkemuka itu berkata, acara yang diadakan buat kali ke-15 berturut-turut itu akan berlangsung di restorannya yang baru sahaja dibaik pulih, Twenty7 Restaurant and The Palm Coffee House.
Katanya lagi, tema yang dipilih pada tahun ini ialah ‘Selera Kampung’ dan pengunjung juga akan dihiburkan dengan alunan muzik ghazal untuk membangkitkan suasana kampung yang pasti dirindui ramai penghuni bandar.
“Pasukan berpengalaman kami yang diketuai Chef Lawrence, Chef Badrul dan Chef Megat menyediakan lebih 300 hidangan, termasuk Ikan Mayong Asam Rebus Perantaraan Utara; Nasi Briyani Kukus Kabuli Warisan Johor termasuk hidangan istimewa seperti Sup Cendawan, Kentang dan Telur; Mee Udang Utara; Kebab Daging Ayam dan pelbagai lagi.
“Tahun ini, pengunjung bufet Selera Kampung akan terpesona dengan tambahan 10 gerai yang menawarkan aneka produk gaya hidup, barang perhiasan, biskut dan produk-produk bertemakan perayaan,” katanya dalam kenyataan di sini baru-baru ini.
TGCR turut menyediakan promosi tempahan awal dengan pengurangan harga lebih 10 peratus untuk pelanggan yang menempah sebelum 25 April.
Untuk tempahan awal, seorang pelanggan hanya perlu membayar RM86 untuk dewasa dan RM43 untuk kanak-kanak (bawah 12 tahun) dan baucar hanya boleh digunakan pada hari Isnin hingga Khamis sahaja manakala untuk harga dewasa RM96 dan kanak-kanak RM48, baucar boleh digunakan setiap hari termasuk cuti umum.
Sekiranya pelanggan menempah selepas 25 April, harga untuk baucar Isnin hingga Khamis adalah RM99 untuk dewasa dan RM50 untuk kanak-kanak manakala untuk baucar sepanjang minggu bernilai RM112 untuk dewasa dan RM55 untuk kanak-kanak.
Sebarang maklumat lanjut boleh diperolehi dengan menghubungi talian 03-7804 8888 atau 03-7804 1919 selain melayari laman sosial TGCR.











