Nadal tabik Ferrer - Utusan Malaysia

Nadal tabik Ferrer

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BARCELONA 26 April – Rafael Nadal mempamerkan aksi tanpa belas kasihan apabila mudah mara ke suku akhir Terbuka Barcelona dengan menundukkan rakan senegaranya, David Ferrer.

Ferrer akan menggantung raketnya selepas tamat Terbuka Madrid bulan depan menitiskan air matanya selepas membuat penampilan ke-15 dan terakhir dalam kejohanan tersebut.

Bagaimanapun, tiada ruang sentimen untuk Nadal yang melakar kemenangan 6-3, 6-3 sekali gus menghampiri rekod ke-12 gelaran kejohanan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“David bukan bersara disebabkan tahap permainannya tetap dia berdepan waktu yang sukar selama setahun setengah dengan kecederaan yang melanda.

“Tahap permainannya pada tahun ini lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya dan dia bekerja keras untuk memberi aksi terbaik. Kita semua bersyukur kerana mempunyai pemain seperti dia,” kata Nadal.

Ranking terbaik yang pernah dicapai Ferrer dengan menjadi pemain ketiga terbaik dunia pada 2013, tahun yang sama dia hampir menjuarai Grand Slam.

“Saya memberikan segala-galanya. Saya sangat gembira, impian menjadi kenyataan untuk bermain dalam salah satu perlawanan di atas gelanggang ini,” kata Ferrer. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini