Hilang ketika mandi sungai bersama tujuh rakan - Utusan Malaysia

Hilang ketika mandi sungai bersama tujuh rakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BENTONG 25 April – Seorang remaja dikhuatiri lemas selepas hilang dibawa arus deras ketika mandi di Sungai Triang berhampiran Kompleks Agropolitan Chemomoi di sini semalam.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Karak, Suhairul Ibrahim berkata, kejadian kira-kira pukul 6.37 petang itu berlaku ketika Sofian Sahar, 14, sedang mandi di sungai berkenaan bersama tujuh rakannya.

“Difahamkan semasa kejadian, mangsa bersama rakannya cuba menyeberangi sungai berkenaan sebelum dihanyutkan arus deras.

“Seramai tujuh mangsa berjaya diselamatkan orang awam manakala seorang mangsa hilang dibawa arus deras,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, operasi hari ini dimulakan kira-kira pukul 8 pagi di sekitar kawasan mangsa dilaporkan hilang. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×