MANCHESTER 25 April – Penyerang Manchester United, Marcus Rashford menggesa rakan sepasukannya agar menjadi diri sendiri selepas pasukannya tewas buat kali ketujuh dalam sembilan perlawanan hari ini.
Jaringan Bernardo Silva dan Leroy Sane dalam tempoh 12 minit selepas waktu rehat sudah cukup memberikan kepedihan buat skuad Red Devils, menyaksikan mereka ketinggalan tiga mata dari kelompok empat teratas.
“Hari ini kami bermain tidak seperti Manchester United. Ia salah. Kami sebenarnya perlu bekerja keras dan memberikan yang terbaik demi lencana di dada, penyokong, kelab dan diri anda sendiri.
“Satu perjalanan yang sukar untuk anda berada di sini, untuk mara dan keluar daripada persembahan pada Januari lalu yang cukup memeritkan.
“Kami sedar ada yang tida kena, ia adalah mentaliti dan kesediaan untuk anda bersama pasukan.
“Ia mudah seperti peminat Manchester United. Kami tidak pernah memanggil satu sama lain tetapi kita perlu menjadi diri sebenar. Ia satu perkara mustahak untuk meningkatkan tahap antara satu sama lain,” kata Rashford.
Red Devils bagaimanapun perlu mengucapkan terima kasih kepada Arsenal yang tewas kepada 1-3 kepada Wolves, sekali gus menyalakan peluang United untuk merebut kelompok empat teratas bagi melayakkan diri ke saingan Liga Juara-Juara musim depan.
Skuad bimbingan Solskjaer perlu menumpaskan penghuni tangga keempat, Chelsea untuk menyalakan peluang tersebut apabila mereka bertembung pada Ahad ini (pukul 11.30 malam waktu Malaysia) di Old Trafford.- AFP
MANCHESTER UNITED











