Trend cukur bulu kucing bentuk dinosaur makin popular - Utusan Malaysia

Trend cukur bulu kucing bentuk dinosaur makin popular

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Trend menghias haiwan peliharaan supaya nampak unik termasuk mencukur bulu kucing semakin mendapat tempat dalam kalangan peminat tempatan.

Bulu kucing dicukur supaya haiwan peliharaan tersebut kelihatan seperti seekor dinosaur.

Keunikan trend tersebut menjadi medan kepada pemilik kucing untuk menunjukkan sisi kreatif masing-masing dalam menghias haiwan peliharaan mereka.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pemilik kucing rata-rata memotong bulu kucing untuk membentuk corak dikenali sebagai ‘dinocut’ atau ‘dragoncut’ dan memuat naik gambar haiwan kesayangan mereka di media sosial khususnya Instagram, lapor akhbar Daily Mail.

Di sebalik keterujaan tersebut, kebanyakan imej yang disiarkan membabitkan kucing yang menerima potongan itu tampak ‘tidak gembira’.

Ia membayangkan bahawa trend menghias kucing walaupun popular, perlu mengambil kira layanan yang diberikan kepada haiwan tersebut. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini