Maxis lancar pelan internet berkelajuan tinggi - Utusan Malaysia

Maxis lancar pelan internet berkelajuan tinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 22 April – Maxis Bhd. hari ini memperkenalkan tiga pakej kelajuan Internet sangat pantas pada 300Mbps, 500Mbps dan 800Mbps bagi kediaman dan perniagaan.

Maxis dalam satu kenyataan hari ini berkata, bagi pelan kediamannya harga ditetapkan pada RM149, RM219 dan RM299 sebulan, manakala bagi perniagaan, ia berharga RM199, RM269 dan RM349 sebulan.

Pakej itu boleh dipadankan dengan peranti mesh Maxis untuk menambah baik liputan dan isyarat di setiap bilik di rumah atau pejabat.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pelanggan yang melanggan pelan gentian rumah 500Mbps dan 800Mbps akan mendapat dua peranti setiap satu serta keselamatan Internet untuk melindungi daripada laman pancingan data dan perisian hasad, kata syarikat itu, sambil menambah bagi memastikan penggunaan yang lebih baik, pemasangan percuma akan dilakukan oleh pasukan pakar Internetnya, Maxperts.

“Tahun lepas, kami menjalankan misi untuk memastikan gentian dapat dimiliki oleh semua orang dengan kempen Fibrenation kami. Hari ini, misi itu diteruskan dengan bukan sahaja penawaran kelajuan gentian yang sangat pantas, tetapi yang lebih penting menyediakan pengalaman WiFi yang lebih baik kepada pelanggan kami,” kata Ketua Perniagaan Penggunanya, Dushyan Vaithiyanathan. -BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini