Saya baik-baik saja - ADUN Pilah - Utusan Malaysia

Saya baik-baik saja – ADUN Pilah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN 23 April – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pilah, Mohamad Nazaruddin Sabtu, 63, yang sebelum ini dilaporkan sakit mengakui keadaan kesihatannya adalah baik.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut khabar angin kemungkinan beliau berundur bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Kecil (PRK) diadakan di kawasan itu.

“Saya baik-baik saja. (PRK) belum ditentukan,” jawabnya ketika ditemui semasa menghadiri Persidangan Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan Ke-14, di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesenian, Kebudayaan dan Adat Istiadat Melayu negeri itu mengalami masalah kesihatan selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 lalu dan telah mendapatkan rawatan doktor serta pengamal perubatan tradisional.

Isteri beliau, Sarimah Zaizakrani sebelum ini memaklumkan, hasil pemeriksaan doktor mendapati suaminya mengalami tekanan.

Bagaimanapun, beberapa media melaporkan bahawa bekas Timbalan Ketua PKR Cabang Kuala Pilah itu didakwa terkena sihir. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini