GENEVA 23 April – Sekurang-kurangnya 45 kanak-kanak merupakan antara mangsa yang terkorban dalam tragedi serangan pengebom bunuh diri di Sri Lanka.
Jurucakap Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF), Christophe Boulierac berkata, jumlah itu dijangka bertambah memandangkan masih banyak mangsa mengalami kecederaan parah susulan kejadian berkenaan.
Setakat ini, jumlah mangsa terkorban meningkat kepada 321 orang. – AFP
Memuatkan artikel berkaitan…











