Pemberontak tembak mati enam anggota tentera Filipina - Utusan Malaysia

Pemberontak tembak mati enam anggota tentera Filipina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANILA 23 April – Kumpulan pemberontak menembak mati enam anggota tentera Filipina dan mencederakan enam yang lain dalam satu serangan di kawasan pergununungan di kepulauan Samar.

Kumpulan Tentera Rakyat Baharu (NPA) meletupkan bom dalam serangan yang dilakukan awal pagi ini, sekali gus mencetuskan pertempuran dengan tentera kerajaan sehingga empat jam.

Jurucakap tentera, Kapten Reynaldo Aragones berkata, pihaknya menerima aduan bahawa NPA memeras ugut penduduk dan pasukan tentera dikerahkan ke perkampungan terbabit untuk memantau keadaan. – AFP

Memuatkan artikel berkaitan…
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini