IKB MAIWP cadang tawar Kursus Diploma - Utusan Malaysia

IKB MAIWP cadang tawar Kursus Diploma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 23 April – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bercadang menawarkan Kursus Diploma bagi setiap bidang yang ada di Institut Kemahiran Baitulmal ( IKB) bermula tahun hadapan.

Pengerusi MAIWP, Datuk Sri Syed Hussien Alhabshee berkata, bagaimanapun ia masih di peringkat kajian sebelum dilaksanakan sepenuhnya.


“Usaha menaik taraf persijilan sedia ada ke peringkat diploma harus disegerakan demi menjaga hak pihak berkepentingan iaitu pembayar zakat serta pelajar-pelajar asnaf.

“Buat masa ini IKB hanya menawarkan kursus sijil kepada semua pelajar dan apa yang menjadi kekangan adalah tempat terhad “, “ katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan sijil tamat pengajian kepada 101 graduan dalam Majlis Penganugerahan Sijil IKB kali ke-27 di sini.


Antara kursus yang ditawarkan adalah Kejuruteraan Elektrik, Teknologi Binaan Bangunan, Perkhidmatan dan Penyajian Makanan serta Seni lukis dan seni reka.

Memuatkan artikel berkaitan…
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini