U Mobile lancar kempen #UCubaTry - Utusan Malaysia

U Mobile lancar kempen #UCubaTry

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 23 April – U Mobile Sdn. Bhd. menawarkan kepada pelanggan peluang untuk mencuba rangkaian mereka dalam tempoh tujuh hari melalui kempen jaminan wang dikembalikan #UCubaTry.

Dalam kenyataan hari ini, katanya pelanggan hanya perlu pergi ke mana-mana kedai telekomunikasi dan cawangan untuk mendaftar bagi menyertai kempen tersebut.

Tempoh jaminan wang dikembalikan selama tujuh hari membolehkan pelanggan menikmati tawaran utama pelan pascabayar HERO P99 tanpa had yang bermakna penstriman tanpa had berikutan terdapat data tanpa had dengan tiada had kelajuan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Selain itu, pelanggan juga boleh menikmati panggilan tanpa had dan 30GB data untuk hotspot mudah alih sepanjang tempoh tujuh hari. U Mobile percaya kempen itu merupakan cara terbaik bagi pelanggan menikmati rangkaian 4G yang baharu dan lebih baik,” katanya. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini