Program yang dijalankan dengan tajaan Kedutaan Amerika Syarikat itu menyasarkan pelajar sekolah menengah daripada golongan keluarga di bawah kumpulan B40.
Wakil Datuk Bandar Johor Bahru, Mohd. Khairul Anuar Isa berkata, program seperti ini penting dalam menggerakkan budaya inovasi khususnya dalam kalangan generasi muda.
Pertandingan ini membabitkan enam negeri iaitu Sabah, Sarawak, Kelantan, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis selain Johor.
Memuatkan artikel berkaitan…
Dua pemenang dari setiap negeri akan bertanding ke peringkat kebangsaan yang akan diadakan di UTM Kuala Lumpur pada 2 Mei ini. – UTUSAN ONLINE











