Van rempuh kerbau, tiga warga Thailand cedera - Utusan Malaysia

Van rempuh kerbau, tiga warga Thailand cedera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 23 April – Tiga warga Thailand cedera apabila van yang membawa 10 penumpang melanggar seekor kerbau dalam kemalangan di Kilometer 435.7 Lebuhraya Utara-Selatan arah ke utara, di sini hari ini.

Difahamkan, kejadian berlaku pada pukul 6.50 pagi tadi ketika van jenis Toyota dengan nombor pendaftaran Thailand itu dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Thailand.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Lim Bak Phai berkata, kejadian ini berlaku semasa van yang dipandu seorang lelaki warga Thailand tiba di lokasi sebelum seekor kerbau melintas secara tiba-tiba.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Akibat pelanggaran itu, pemandu van dan dua penumpang wanita cedera di bahagian kaki.

“Kesemua mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Sungai Buloh, dekat sini untuk rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini