KUALA LUMPUR 23 April – Pharmaniaga Bhd. akan memperluaskan portfolio produk dan meneroka peluang berdaya maju buat kumpulan pada masa akan datang.

Pengarah Urusan Pharmaniaga, Datuk Farshila Emran berkata, ia termasuk industri peralatan perubatan dan bidang baharu onkologi dan vaksin bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat.
Katanya, kumpulan turut berusaha memperluaskan operasi di Indonesia untuk memanfaatkan potensi pertumbuhan negara tersebut.
“Dalam pada itu, kami yakin usaha berterusan untuk meningkatkan kecekapan operasi dan langkah-langkah menampung kos akan terus mengukuhkan prestasi kami.
“Kami positif dengan tinjauan pada masa depan dengan memanfaatkan peluang baharu di dalam dan luar negara,” katanya selepas Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Pharmaniaga di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE











