Barcelona tenang di ambang juara La Liga - Utusan Malaysia

Barcelona tenang di ambang juara La Liga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BARCELONA 23 April – Jurulatih Barcelona, Ernesto Valverde berkata, anak buahnya tidak berdepan tekanan biar pun semakin hampir untuk bergelar juara La Liga buat kali keempat dalam tempoh lima tahun.

“Mereka sudah biasa dengan tekanan. Pasukan ini sentiasa tidak mudah mengalah dalam setiap perlawanan sukar. Kami tenang sahaja walaupun mengetahui ia sudah di penghujung penentuan. Ia menjadi pendorong kepada kami,” katanya.

Skuad The Catalans itu bakal mengesahkan kedudukan tersebut lebih awal jika berjaya menewaskan Alaves awal pagi esok sambil mengharapkan pencabar terdekat, Atletico Madrid kalah kepada Valencia selepas itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sekali pun Atletico menang, Barcelona masih boleh sekali lagi mengesahkan kejuaraan liga itu lebih awal pada Sabtu ini jika berjaya menewaskan Levante tanpa perlu lagi bergantung kepada keputusan membabitkan Atletico.

Ketika ini, Barcelona sembilan mata di depan Atletico dengan baki lima perlawanan lagi musim ini. Jika berjaya mengesahkan kejuaraan liga lebih awal, Barcelona sudah boleh menumpukan sepenuh perhatian mereka kepada saingan separuh akhir Liga Juara Juara Eropah pula menentang Liverpool. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini