24 lagi penguat kuasa JPJ dipanggil - Utusan Malaysia

24 lagi penguat kuasa JPJ dipanggil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 23 April- Sebanyak 24 penguat kuasa lagi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini bagi membantu siasatan berhubung kegiatan rasuah melindungi pemandu lori.

Menurut sumber, kesemua penguat kuasa itu terdiri daripada anggota dan pegawai gred 19 hingga 32.

“Mereka dijangka hadir di Pejabat SPRM Pulau Pinang untuk memberi keterangan kira-kira pukul 9 pagi ini,” katanya di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sabtu lalu, sebanyak 22 lagi penguat kuasa JPJ ditahan SPRM dipercayai turut terlibat dengan kegiatan rasuah melindungi pemandu-pemandu lori yang melakukan kesalahan jalan raya khususnya membawa lebih muatan di sekitar negeri itu

Tangkapan tersebut menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini adalah sebanyak 55 orang termasuk sembilan orang awam.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini