Polis Uganda tahan bintang pop dan ahli Parlimen Bobi Wine - Utusan Malaysia

Polis Uganda tahan bintang pop dan ahli Parlimen Bobi Wine

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAMPALA 22 April – Polis Uganda menahan bintang pop yang juga ahli Parlimen, Bobi Wine selepas menghentikan konsertnya disamping menembak gas pemedih mata kepada peminat-peminat, di sini hari ini.

Beliau yang merupakan pengkritik kerajaan yang berprofil tinggi ditarik keluar dari keretanya oleh polis berbaton ketika mahu ke tempat konsert di selatan Kampala.

Konsert yang dinanti-nantikan berlangsung di kelab peribadinya dibatalkan polis atas alasan keselamatan malah jalan juga ditutup untuk ke sana.

Memuatkan artikel berkaitan…

Jurucakap polis Uganda, Fred Enanga mengesahkan pegawai polis telah bertemu dengan Bobi dan membawanya dari Busabala namun tidak menyatakan sama ada beliau ditahan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini