Pelakon komedi jadi Presiden Ukraine - Utusan Malaysia

Pelakon komedi jadi Presiden Ukraine

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KIEV 22 April – Ukraine memasuki fasa politik baharu yang belum pernah berlaku dalam sejarah negara apabila seorang pelakon komedi yang tidak mempunyai sebarang pengalaman dalam politik memenangi pilihan raya Presiden.

Volodymyr Zelensky membuat kejutan apabila mengalahkan pe­nyandang jawatan, Petro Poroshenko selepas memperoleh 73 peratus undi.

Reuters melaporkan, kiraan undi mendapati Poroshenko hanya berjaya meraih 25.5 pe­ratus undi dan tewas kepada Zelensky yang berusia 41 tahun itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Zelensky yang sebelum ini hanya berpengalaman membawa watak Presiden dalam sebuah rancangan televisyen kini menjadi Presiden sebenar negara.

Bintang rancangan televi­syen Servant of the People itu akan memimpin satu daripada negara termiskin di Eropah.

Ukraine yang mempunyai kira-kira 45 juta penduduk itu kini sedang bergelut menghadapi kumpulan pemisah di kawasan perindustrian timur­nya.

“Saya belum lagi secara rasmi menjadi Presiden, tetapi sebagai warganegara Ukraine, saya boleh katakan kepada semua negara bekas Soviet supaya lihat kita. Semuanya mungkin,” kata Zelensky kepada penyokongnya di ibu pejabat partinya di sini.

Beberapa dunia termasuk Presiden Pe­rancis, Emmanuel Macron; Presiden Majlis Kesatuan Eropah (EU), Donald Tusk dan Menteri Luar Britain, Jeremy Hunt mengucapkan tahniah kepada Presiden baharu Ukraine itu.

Zelensky juga berikrar untuk menamatkan konflik bersenjata di Donbass selain menghapuskan rasuah dari akar umbi ketika rakyat sedang berdepan dengan masalah kenaikan harga dan kos hidup yang semakin tinggi.

“Saya sedang merancang strategi untuk menarik le­bih ramai pelabur asing melabur di Ukraine dan pada masa yang sama kita akan terus mengekalkan negara dalam program Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF),” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini