Exco kerjasama dengan MB demi ekonomi, negeri - Sultan Johor - Utusan Malaysia

Exco kerjasama dengan MB demi ekonomi, negeri – Sultan Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 22 April – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mengucapkan tahniah kepada 10 Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor (Exco) yang mengangkat sumpah di Istana Bukit Serene di sini pagi tadi.

Baginda berpesan semua Exco tersebut supaya memberikan kerjasama dengan Menteri Besar, Datuk Dr. Sahruddin Jamal demi kemajuan ekonomi dan kepentingan negeri ini.

Sultan Johor bertitah demikian semasa Istiadat Pelantikan Exco dan videonya dimuat naik dalam Facebook rasmi Baginda sebentar tadi. 

Memuatkan artikel berkaitan…

Hari ini 10 Exco Kerajaan Negeri Johor yang baharu mengangkat sumpah dan tiga antaranya muka baharu iaitu ADUN Bukit Permai, Tosrin Jarvanthi, 69, ADUN Tenang, Mohd. Solihan Badri, 62, dan ADUN Jementah, Tan Cheng Choon, 49. – UTUSAN ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini