Tiga lelaki warga Indonesia ditahan edar dadah - Utusan Malaysia

Tiga lelaki warga Indonesia ditahan edar dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BINTULU 22 April – Polis menahan tiga lelaki warga Indonesia yang aktif mengedar dadah di sini sejak hujung tahun lalu dalam satu serbuan di sebuah rumah tidak bernombor di Jalan Abang Galau semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Sarawak, Superintenden Sahar Abdul Latif berkata, dalam serbuan pada kira-kira pukul 9 malam itu, polis turut merampas dadah syabu seberat 531.95 gram dianggarkan bernilai RM79,792.50 daripada ketiga-tiga penganggur yang berumur antara 21 dan 34 tahun itu.

“Saringan awal air kencing mendapati ketiga-tiga suspek positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Tambah Sahar, ketika serbuan itu, syabu tersebut telah disimpan oleh kesemua suspek dalam kotak rokok, kotak menyimpan jam dan juga beg plastik timah.

“Kesemua suspek disiasat di bawah seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang boleh membawa hukuman mati jika disabitkan kesalahan dan mereka ditahan reman 14 hari di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959 dan 1963,” ujarnya.- BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini