MANILA 22 April – Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud melanda Luzon, Filipina, menurut Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).
Gempa tersebut berlaku pada pukul 5.11 petang waktu tempatan pada kedalaman 40 kilometer.
Wartawan AFP di sini memberitahu, pejabat-pejabat di pusat bandar raya dikosongkan susulan gegaran yang dirasai akibat gempa tersebut.
Memuatkan artikel berkaitan…
Bagaimanapun, tiada laporan mengenai kecederaan atau kerosakan berlaku setakat ini. – AFP











