COLOMBO 22 April – Kerajaan Sri Lanka mempercayai kumpulan ekstremis Islam tempatan dipanggil National Thowheeth Jama’ath (NTJ) dalang disebalik siri serangan pengebom bunuh diri semalam.
Jurucakap kerajaan, Rajitha Senaratne berkata, siasatan sedang dibuat sama ada kumpulan tersebut mempunyai ‘sokongan antarabangsa’.
Dokumen dilihat AFP menunjukkan Ketua Polis Sri Lanka memberi amaran pada 11 April lalu menyatakan ‘agensi perisikan asing’ melaporkan NTJ merancang serangan pada gereja-gereja dan Suruhanjaya Tinggi India.
Memuatkan artikel berkaitan…
Menurut sumber polis, 24 orang yang ditahan berhubung serangan itu daripada kumpulan ‘ekstremis’ namun tiada maklumat lanjut.











