Johor Port, Petronas LNG sediakan khidmat marin untuk kapal - Utusan Malaysia

Johor Port, Petronas LNG sediakan khidmat marin untuk kapal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 22 April – Johor Port Bhd., yang merupakan anggota Kumpulan MMC, telah memeterai perjanjian dengan subsidiari Petroliam Nasional Bhd iaitu Petronas LNG Ltd (PLL), bagi menyediakan perkhidmatan marin termasuk menawarkan tarif yang menarik kepada kapal-kapal yang menerima perkhidmatan ‘Gassing Up and Colling Down’ (GUCD) di Terminal Regasifikasi PLL Pengerang.

Johor Port dalam satu kenyataan berkata GUCD merupakan satu perkhidmatan khusus bagi membawa tangki simpanan di atas kapal gas asli cecair (LNG) kepada sersekitaran semula jadi untuk penyejukan ke tahap suhu kriogenik (minus 160 darjah Celcius).

“Proses GUCD merupakan satu keperluan bagi kapal LNG untuk memastikan pemunggahan kargo LNG yang selamat,” katanya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Usaha sama antara Johor Port dan Petronas LNG diharap akan menggalakkan lebih banyak operator serta pemilik kapal menggunakan perkhidmatan di terminal Pengerang, dengan mengambil kesempatan di atas kedudukannya yang strategik dan berdekatan dengan limbungan kapal di Malaysia serta Singapura.

Ketua Pegawai Eksekutif Johor Port Shahrull Allam Shah Abdul Halim berkata, syarikat tersebut mempunyai memalim yang terlatih dan berpengalaman bagi mengendalikan semua jenis kapal dan disokong oleh bot-bot tunda, bot tambatan, kumpulan-kumpuan penambat yang setara dengan mana-mana pelabuhan yang maju di rantau ini.

Johor Port sekarang ini, mengoperasikan dan menguruskan Terminal Produk Pepejal Petronas (SPT) di Pengerang yang merangkumi penyediaan tenaga kerja, peralatan dan sistem operasi.

Konsesi operasi SPT selama 25 tahun yang telah diberikan kepada Johor Port mencerminkan keyakinan serta pengiktirafan gergasi minyak dan gas itu kepada keupayaan serta komitmen pelabuhan. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini