Wahai lelaki jangan kau remukkan hati isterimu - PU Amin - Utusan Malaysia

Wahai lelaki jangan kau remukkan hati isterimu – PU Amin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 22 April – Perkongsian Pencetus Ummah (PU) Amin tentang pengorbanan besar para isteri menanggung kesakitan dan bersabung nyawa melahirkan anak seharusnya dijadikan iktibar buat kita semua khususnya golongan suami.

Bahkan dalam agama sendiri, kedudukan ibu teramat tinggi di sisi Allah sehinggakan keberkatan hidup seorang anak tidak akan mampu diperoleh tanpa mendapat restu dan keredaan daripada seorang ibu.

PU Amin yang baru dikurniakan bayi perempuan yang juga cahaya mata ketiganya awal pagi hari ini berkongsi pengalaman menemani isterinya di bilik bersalin.

Memuatkan artikel berkaitan…

Penceramah bebas ini menyifatkan ia satu pengalaman yang cukup menginsafkan hati kecilnya sekaligus turut menyeru golongan suami dan anak di luar sana untuk menghargai pengorbanan kaum isteri dan ibu.

“Insaf. Sungguh beban mengandungkan 9 bulan, ditambah saat hari nak melahirkan. Kuat orang perempuan. Sebab itu dosanya dihapuskan pada hari dia melahirkan.

pu amin
PU Amin dan isteri serta dua cahaya mata mereka, Aisyah dan Umar. – UTUSAN ONLINE

“Wahai anak , jangan kau luka hati ibu mu. Wahai lelaki jangan kau remukkan hati isteri mu. Pengorbanan mereka ini cukup agung.

“Bagi kawan-kawan yang belum dikurniakan zuriat, saya doakan anda semua disegerakan rezeki oleh Allah untuk mendapat zuriat anda semua. Percayalah pasti ada.

“Selamat datang ke dunia penuh cabaran ini puteriku . Selamat bekenalan dengan Aisyah dan Umar,” kongsi PU Amin. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini