250 unit pangsapuri dibina untuk golongan berpendapatan rendah - Utusan Malaysia

250 unit pangsapuri dibina untuk golongan berpendapatan rendah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 20 April- -Sebanyak 250 unit pangsapuri dibina di bawah Projek Perumahan Kos Rendah Sentul Raya Sdn Bhd (SRSB) bagi memenuhi keperluan penduduk setempat yang berpendapatan rendah.

SRSB dalam satu kenyataan berkata, projek di bawah Pelan Pembaharuan Bandar Sentul itu dibina dengan mengintegrasikan aspek sosio ekonomi dalam usaha menerapkan budaya hidup yang lebih baik.

Katanya, projek ini juga secara tidak langsung dapat menaiktaraf kawasan Sentul yang dahulunya merupakan kawasan sejarah bernilai tinggi disamping bandar moden

“Perancangan ini bakal mencerminkan ‘warisan Sentul’ sebagai sebuah bandar yang terdiri daripada pelbagai golongan etnik, agama dan sosio ekonomi.

“Selain itu, projek ini juga sudah pasti akan membantu mengurangkan beban masyarakat berpendapatan rendah terutama dalam situasi peningkatan kos sara hidup yang tinggi,” katanya di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Majlis pelancaran projek di sempurnakan Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abdul Samad.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini