ISTANBUL 22 April – Polis Turki menahan enam orang termasuk seorang ahli Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) berikutan serangan terhadap pemimpin pembangkang, Kemal Kilicdaroglu semalam.
Kemal, 70, dari Parti Rakyat Republikan (CHP) diserang sekumpulan orang ketika menghadiri pengkebumian tentera yang terkorban menentang militan Kurdish di daerah Cubuk, Ankara.
Serangan itu berlaku sehari selepas CHP memenangi Ankara dan Istanbul daripada AKP dalam pilihan raya kerajaan tempatan 31 Mac lalu. – AFP
Memuatkan artikel berkaitan…











