Pejabat jualan tiket Malaysia Airlines kini di Nu Sentral - Utusan Malaysia

Pejabat jualan tiket Malaysia Airlines kini di Nu Sentral

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 22 April – Pejabat jualan tiket Malaysia Airlines KL Sentral kini beroperasi di Nu Sentral, Kuala Lumpur berkuat kuasa hari ini.

Ketua Pengalaman Pelanggan dan Pegawai Pemasaran Kumpulan Malaysia Airlines, Lau Yin May berkata, pejabat jualan tiket itu terletak di Lot L2.23, Tingkat 2 di pusat beli-belah Nu Sentral.

Katanya, Malaysia Airlines akan terus menyediakan hospitaliti Malaysia konsisten dan perjalanan yang lancar kepada para pelanggan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pejabat jualan tiket baharu ini bukan sahaja satu pusat sehenti untuk semua keperluan perjalanan tetapi juga merupakan kedai konsep di mana anda boleh membeli barangan eksklusif kami termasuk model pesawat dan juga patung beruang popular, Pilot Parker.

“Sekiranya anda di sini, jemput menerokai kedai kami dan rakam beberapa gambar di ‘photo wall’ kami dan berkongsi

Pejabat jualan tiket Malaysia Airlines KL dibuka setiap hari pada pukul 10 pagi sehingga 10 malam termasuk cuti awam.

Antara perkhidmatan disediakan adalah pembelian tiket Malaysia Airlines, Firefly dan MASwings serta pengubahsuaian tiket (pertukaran tarikh dan destinasi).

Perkhidmatan lain termasuk penebusan ganjaran Enrich bagi Malaysia Airlines, berkaitan oneworld dan rakan kerjasama syarikat penerbangan, daftar masuk web juga permohonan visa Australia bagi penerbangan Malaysia Airlines. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini