Bazar Usahawan Radia manfaatkan usahawan tempatan - Utusan Malaysia

Bazar Usahawan Radia manfaatkan usahawan tempatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Sime Darby Sunrise Sdn. Bhd. (Sime Darby Sunrise) dengan kerjasama Yayasan Hijrah Selangor menganjurkan Bazar Usahawan Radia baru-baru ini di pembangunan bersepadu Radia di Bukit Jelutong, Shah Alam.

Radia merupakan projek pembangunan bernilai RM1.6 bilion yang dibangunkan oleh Sime Darby Sunrise manakala Yayasan Hijrah Selangor adalah sebuah badan mikrokredit bersepadu hasil gagasan bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Ketua Operasi Kumpulan Sime Darby Property, Datuk Wan Hashimi Albakri Wan Ahmad Amin Jaffri berkata, penganjuran bazar tersebut telah membuka peluang kepada usahawan tempatan untuk mempromosikan produk dan kepakaran mereka.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kami sentiasa menyokong pemba­ngunan bakat dan perniagaan tempatan, malah Radia dilihat amat sesuai untuk dijadikan tapak bazar kerana lokasinya yang strategik di pusat bandar selain berdekatan dengan laluan utama bagi penduduk Bukit Jelutong dan orang awam.

“Radia merupakan pembangunan perkongsian inspirasi antara Sime Darby Property serta UEM Sunrise Bhd. dan gabungan kepakaran kedua-dua syarikat yang mempunyai keupayaan tinggi dan mampan mampu membangunkan Bukit Jelutong,” katanya dalam kenyataan di sini.

Pada majlis tersebut, Yayasan Hijrah menyampaikan replika cek bernilai RM991,000 bersamaan jumlah pem­biayaan pinjaman yang diberikan kepada 106 usahawan tempatan melalui Skim Mikrokreditnya.

Acara tersebut turut menyediakan 30 buah gerai dan trak makanan selain menarik ramai usahawan menjual makanan, pakaian dan barangan spa. Aktiviti lain yang turut dianjurkan adalah Dupas Supa untuk kanak-kanak selain perkhidmatan refleksologi dan perpustakaan bergerak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini