4,000 mangsa Puting Beliung Idai masih terjejas - Utusan Malaysia

4,000 mangsa Puting Beliung Idai masih terjejas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHANNESBURG 15 April – Sebulan selepas Puting Beliung Idai melanda selatan Afrika sehingga mengakibatkan banjir besar, agensi bantuan kemanusiaan menyatakan situasi ketika ini masih kritikal.

Lapor Reuters, beberapa kawasan di Mozambique baru sahaja menerima bantuan perubatan.

Agensi perubatan berkata ribuan mangsa masih lagi terputus bantuan dan memberi amaran krisis kebuluran bakal berlaku.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut pengurus sokongan kemanusiaan Oxfam, Dorothy Sang, bantuan kemanusiaan akan dijatuhkan ke tempat-tempat terpencil di mana 2,000 orang ditemukan buat kali pertama sejak bencana tersebut berlaku.

Kesemua mereka terpaksa bergantung kepada kelapa, kurma dan ikan-ikan kecil.

Oxfam menganggarkan kira-kira 4,000 orang masih belum menerima bantuan perubatan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini