LAWATAN. Seramai 32 orang kanak-kanak daripada Pertubuhan Rumah Anak Yatim Berkat Kasih, Klang, Selangor menerima kunjungan pengurusan dan kakitangan Berjaya Corporation Berhad di Klang, Selangor baru-baru ini.
Program lawatan itu merupakan tanggungjawab sosial korporat bagi membantu rumah kebajikan yang menempatkan kanak-kanak berusia empat hingga 18 tahun.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Robin Tan, pihaknya menyambut baik usaha yang dilakukan oleh pihak pengurusan rumah kebajikan itu untuk membantu mereka yang kurang bernasib baik.
Memuatkan artikel berkaitan…
Pada kunjungan tersebut, kesemua kanak-kanak menerima sumbangan wang tunai serta dijamu makan tengah hari.











