KOTA TINGGI BAHRU 14 April – Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua berjaya mematahkan cubaan menyeludup 970 ekor burung murai kampung bernilai RM29,100 dalam serbuan di pantai Kampung Simon, Teluk Ramunia, Pengerang dekat sini malam tadi.
Komander PPM Wilayah Dua Johor, Asisten Komisioner Paul Khiu Khon Chiang berkata, serbuan terbabit dilakukan kira-kira pukul 11.30 malam hasil maklumat dan intipan dilakukan PPM.
“Ketika serbuan dilakukan, sekumpulan lelaki didapati sedang memunggah kotak-kotak yang mengandungi burung terlindung iaitu murai kampung ke tepi pantai.
“Selumpulan lelaki terbabit bagaimanapun berjaya meloloskan idiri dengan memecut kenderaan mereka apabila sedar kehadiran anggota PPM ketika serbuan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata, kesemua hasil rampasan dibawa ke Markas Taktikal PPM Wilayah Pengerang untuk tindakan lanjut dan kes disiasat dibawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010. – UTUSAN ONLINE











