Mercedes kuasai petak hadapan - Utusan Malaysia

Mercedes kuasai petak hadapan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHANGHAI, CHINA – Pasukan Mercedes terus mencuri tumpuan pada perlumbaan Grand Prix (GP) China apabila sekali lagi menguasai sesi kelayakan menerusi kedua-dua pelumba terbaik mereka yang menempah petak 1-2 di Litar Antarabangsa Shanghai petang semalam.

Lebih menarik, pelumba Finland, Valtteri Bottas akan memulakan saingan perlumbaan F1 kali ke-1,000 di petak pertama apabila mengatasi rakan sepasukannya, Lewis Hamilton dengan perbezaan 0.023 saat (s) di kedudukan kedua selepas mencatat masa terpantas pada sesi kelayakan ketiga 1 minit 31.547 saat (s).

Keputusan tersebut memberi tekanan kepada pasukan Ferrari apabila pelumba utamanya, Sebastian Vettel serta Charles Leclerc masing-masing menghuni petak ketiga serta keempat manakala pelumba Red Bull, Max Verstappen akan memulakan saingan di petak kelima.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sangat luar biasa dan catatan benar-benar rapat dengan Hamilton. Saya tak sangka mampu beraksi dengan baik hari ini (semalam). Terima kasih kepada pasukan yang benar-benar menyediakan jentera terbaik sepanjang minggu ini.

“Secara keseluruhan saya sangat gembira dan berpuas hati kerana dapat memulakan perlumbaan ke-1000 ini di petak hadapan. Saya harap dapat mengekalkan momentum cemerlang ini pada perlumbaan sebenar esok (hari ini),” kata Bottas.

Dalam pada itu, Hamilton memberi pujian kepada rakan sepasukannya itu dan mengakui Bottas sa­ngat pantas pada saingan tersebut.

“Saya berusaha untuk berada di petak hadapan tetapi Bottas adalah pelumba bintang sepanjang minggu ini. Bagi saya, meletakkan Mercedes di hadapan adalah satu langkah yang baik tetapi kami perlu berhati-hati kerana pasukan Ferrari sangat laju di laluan lurus.

“Secara keseluruhan saya sangat berpuas hati kerana prestasi kami semakin baik terutama ketika di selekoh. Saya harap kami mampu melakukan yang terbaik pada perlumbaan sebenar,” ujarnya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini