Signal PH semakin tidak diterima - Shamsul Anuar - Utusan Malaysia

Signal PH semakin tidak diterima – Shamsul Anuar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 14 April – Kejayaan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Rantau semalam adalah kemenangan berganda rakyat yang bukan sahaja membuktikan rakyat kembali sekali lagi kepada BN malah menunjukkan `signal’ Pakatan Harapan (PH) semakin tidak diterima.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah berkata, kemenangan hatrik BN dengan meraih majoriti yang lebih besar iaitu sebanyak 4,510 undi itu adalah bukti rakyat menolak kepimpinan PKR yang diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim dan PH umumnya.

“Kemenangan ini juga bukti rakyat menghargai jasa dan bakti yang telah dilaksanakan oleh Tok Mat di Rantau, menghargai apa jasa BN dan UMNO serta komponen kepada rakyat dan lebih penting berjaya meletakkan Ketua Pembangkang yang “credible” dan kuat di DUN Negeri Sembilan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tahniah kepada semua jentera UMNO, rakan-rakan komponen BN, MCA, MIC, Pas, Kimma, Makkal Sakti dan IPF, NGO, Friends of BN serta semua peringkat yang bekerja keras. Dan terima kasih kepada pengundi DUN Rantau kerana memberi sokongan kepada Tok Mat,” kata beliau dalam kenyataan kepada Utusan Online pagi ini.

Shamsul Anuar berkata, paling utama kemenangan di Rantau itu membuktikan kesepakatan antara UMNO dengan rakan-rakan komponen BN, MCA, MIC, Pas, Kimma, Makkal Sakti dan IPF, NGO, Friends of BN.

– UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini