Signal rakyat jelas - Ahmad Samsuri - Utusan Malaysia

Signal rakyat jelas – Ahmad Samsuri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU 14 April – Rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau telah memberi isyarat jelas menolak kerajaan Pakatan Harapan (PH) dengan kemenangan calon Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) itu.

Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, walaupun komposisi pengundi pelbagai kaum seimbang tetapi rakyat tetap membuat pilihan yang bijak.

“Tahniah Datuk Seri Mohamad Hasan yang berjaya mengekalkan kerusi DUN Rantau.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kemenangan ini adalah manifestasi pilihan rakyat yang ingin menuntut kerajaan menunaikan manifesto yang telah dijanjikan,” katanya dalam kenyataan di sini malam tadi.

Ahmad Samsuri yang juga Menteri Besar Terengganu turut mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua pengundi serta jentera Pas khususnya Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) yang komited membantu kempen calon BN.

Katanya, kehadiran Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang berkempen baru-baru ini juga berjaya menarik lautan hadirin dengan pidato beliau yang bernas.

“Inilah formula penyatuan ummah yang dinantikan rakyat selama ini,” katanya.

PRK DUN Rantau semalam menyaksikan Mohamad berjaya memperoleh sebanyak 10, 397 undi sekali gus menewaskan calon PH, Dr. S. Streram dengan majoriti 4,510 undi selepas pakar bius itu memperoleh 5,887 undi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini