Dua terbunuh dalam kejadian runtuhan pangsapuri di Brazil - Utusan Malaysia

Dua terbunuh dalam kejadian runtuhan pangsapuri di Brazil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIO DE JANEIRO – Sekurang-kurangnya dua orang terbunuh di Brazil kelmarin selepas dua bangunan runtuh di kawasan kejiranan lereng bukit dekat Rio de Janeiro, sebuah wilayah yang dilanda hujan lebat dan banjir kilat, menurut pegawai bomba.

Bangunan empat tingkat bersebelahan itu runtuh di Muzema, kawasan kejiranan Itanhanga, kira-kira 30 ki­lometer dari barat pusat bandar Rio, selepas hujan lebat selama tiga hari yang turut mengorbankan sejumlah nyawa di wilayah berkenaan.

Sekurang-kurangnya dua lagi mang­sa dilaporkan cedera dalam insiden runtuhan tersebut, menurut pegawai bomba yang berjaya mengeluarkan tiga mangsa yang masih hidup di bawah sisa runtuhan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beberapa penduduk mendakwa bangunan itu runtuh pada awal pagi.

“Saya terdengar bunyi kuat dan bangunan itu runtuh membuatkan debu tebal menyelubungi udara. Seorang rakan yang tinggal di bangunan itu dikejarkan ke hospital bersama keluarganya,” kata Isabel Cristina, 42, seorang penduduk di Muzema.

Hujan lebat sejak Isnin lalu, meng­akibatkan banjir kilat yang meng­hanyutkan kenderaan, membawa banyak kerosakan serta menyukarkan akses ke Muzema.

Runtuhan di lereng bukit itu turut merosakkan beberapa pangsapuri dan premis perniagaan di situ. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini